Thursday, March 17, 2016

Berhati-hati di waktu gawat. Oleh Dzulfariz bin Azman


Gambar dari http://www.1malaysia.biz/gerhana-matahari-mungkin-bawa-petanda-musibah-jabatan-mufti-johor/
Saya menulis ini khas kepada ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khasnya, kepada mereka yang berminat mengenai ekonomi yang telah masuk ke zaman kegawatan, amnya supaya anda tahu hala tuju sebenar kita dan tidak gentar akan ujian-ujian Allah.

Seperti tahun 1994, permulaan sistem kegawatan yang berlaku selama 7 tahun, tahun 2014 adalah satu permulaan sistem kegawatan ulangan kepada tahun 1994. Sistem yang berulang ini berlaku dalam tiga fasa, ketiga-tiga fasa itu mengambil masa 7 tahun.

Sekiranya anda telah bekerja tahun 1994, anda boleh ingat peristiwa tahun tersebut sehingga kita benar-benar gawat tahun 1998. Sekiranya anda masih belajar pada waktu itu, atau lebih muda dari itu anda mungkin perlu bertanya kepada orang lebih berpengalaman, kerana gawat adalah sesuatu yang amat ditakuti. Kata Asian Development Bank , krisis ekonomi seperti tahun penghujung 1990an (dari tahun 1994-2001) mempunyai  lebih  kesan ekonomik  jika dibandingkan dengan tsunami dalam tahun 2006. Di Amerika Syarikat, krisis tahun 2008 mempunyai kesan yang lebih besar jika dibandingkan dengan serangan di Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia pada 11 September.

SURAH YUSUF.

Tahun 1994 dan 2014 adalah mungkin sistem yang disebut dalam Al-Quran surah Yusuf seperti berikut:-

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).(Yusuf 12:48)

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".(Yusuf 12:49)

Kemarau yang panjang iaitu selama 7 tahun, itu mungkin bermaksud sistem gawat selama 7 tahun yang mana dipercayai telah pun bermula. Kita digalakkan menyimpan seperti “gandum yang diketam pada tangkainya” sebelum tarikh ini. Waktu ini permulaan gawat, jangan dihabiskan semua yang ada pada kita, dan berjimatlah.  Jangan dilaburkan dalam perniagaan kecuali yang menguntungkan dalam keadaaan gawat.

MLM mempunyai beberapa sebab untuk menarik anda masuk ke dalam programnya. Ada yang baik, ada yang setakat program. Ada yang hanya melabur dalam forex atau pasaran hadapan dan menjanjikan pulangan yang baik. Ada yang melabur di luar Malaysia, seperti di Eropah, negara yang tidak gawat mahupun di Mekah, tempat yang tidak mungkin gawat. Saya katakan anda kena berhati-hati, sekarang ini ada terlalu banyak sebab untuk anda habiskan wang yang ada. Apabila semua telah habiskan wang mereka, baru terjadi kegawatan yang sebenar.

Pada tahun 2016 ini adalah masih permulaan kepada sistem kegawatan tahun 2014 sebagaimana ia bermula tahun 1994 dahulu. Tahun 1994 adalah masa apabila indeks FBMKLCI mencatat bacaan tertinggi begitu juga tahun 2014. Tahun inilah kita kena berjimat bukan berboros. Simpanlah dalam bentuk yang tidak diganggu oleh kegawatan, seperti simpan dalam duit emas dan bukan ringgit Malaysia.

Menurut Barry Eichengreen, Professor Ekonomi di University di California, Berkeley, krisis ekonomi ditaksirkan sebagai gangguan terhadap pasaran kewangan yang terdiri dari biasanya kejatuhan harga aset , ketidaksolvensi terhadap penghutang dan juga pengantara seperti bank menyebar ke dalam sistem kewangan dan mengganggu   keupayaan pasaran untuk  memperuntukkan modal.

Apabila pasaran jatuh, bank susah nak bagi pinjaman berdasarkan harga saham. Bank akan susah juga hendak beri pinjaman atas perumahan apabila rumah juga jatuh. Bank mempunyai banyak “Non Performing Loans” dan ini semua akan menggugat keupayaan pasaran untuk memperuntukkan modal.

Saya percaya ramai ahli-ahli kita masih berduit. Setidak-tidaknya mempunyai harta untuk dijadikan aset.  Simpanlah harta anda dalam bentuk yang boleh melindungi dari hakisan nilai dalam Ringgit Malaysia. Simpanlah dalam Emas. Saya tidak tahu saudara boleh faham atau tidak apa yang saya tulis, faham setakat mana tetapi untuk keuntungan saudara sendiri, jangan diboroskan duit yang ada dan jangan disimpan dalam Ringgit Malaysia tetapi simpanlah dalam emas.

BIBLE, IMAMAT.

Dalam Bible ada larangan dalam bab Imamat yang ditentukan kepada Yahudi daripada bercucuk tanam pada hari Sabtu, tahun Sabtu dan Sabbath Sabtu. Sabtu bermaksud yang ke tujuh dan Sabbath bermaksud tujuh tahun. Juga bermaksud “satu Sabbath, tujuh tahun, yang tidak boleh bercucuk tanam” atau “satu Sabbath yang gawat”.

Dalam Al-Quran juga ada mengatakan dalam surah Al-A’raaf,

Dan bertanyalah kepada mereka  mengenai bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada Sabtu (ketujuh), ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan  mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka kerana mereka sentiasa berlaku fasik.(Al-A'raaf 7:163)

Dikatakan pada Sabtu tanpa perkataan hari atau ‘yauma’ menunjukkan juga tahun dan Sabbath yang ke tujuh. Ingatlah sistem gawat kita mengambil masa tujuh tahun.  Ada tiga perkataan sabtu dalam ayat tadi dan hanya dua yang mempunyai perkataan “yauma”. Ada tujuh perkataan Sabtu dalam Al-Quran.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil  tahu.

1) Pelaburan mesti untuk jangka PENDEK, Jangka panjang akan rugi. Kurangkan jumlah pelaburan anda samada saham, unit trust, ASB, Futures dan lain-lain.
2) Simpan dalam Emas dan bukan Ringgit Malaysia.
3) Kurangkan pelaburan hartanah.
4) Kurangkan membeli kereta mewah.
5) Sekiranya anda berniaga, jangan bagi hutang.
6) Sekiranya berniaga, tukarkan loan stock atau sukuk perniagaan anda kepada saham biasa walaupun sukuk lebih murah. Sebagai pembeli adalah tidak digalakkan.

GERHANA MATAHARI.

Dalam Laporan Ringkas Gerhana Matahari di Negeri Johor, Jabatan Falak, Jabatan Mufti Johor, dijangka adakan ada Gerhana Matahari esok 9 March, 2016.  Gerhana Matahari membawa kepada tabsirah dan zikra. Ambil perhatian (tabsirah) bahawa ulangan kepada gerhana matahari pada tahun 1995 yang menyaksikan kemarau yang mengheret kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman. Ambil peringatan (zikra) bahawa janganlah hendaknya sejarah berulang  kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit.

Dari sudut ekonomi, wabak pengakit yang menyerang tanaman ialah sistem gawat seperti yang diceritakan dalam surah Yusuf dan dalam Bible bab Imamat. Jadi kita kena ambil perhatikan, dan ingatan pada tahun 1995, kali terakhir gerhana dilihat, kita sedang dalam musim gawat (1994-2001) dan kini March 2016, kita dingatkan lagi tentang perkara yang sama. Sama-samalah kita ingatkan betapa sukarnya musim gawat pada waktu it

Friday, January 22, 2016

Peluang menjadi agen emas..

POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD ( REG NO: 1036711-K )

Powergold adalah syarikat pengeluar dan pembekal utama Gold Bar. Syarikat menawarkan harga TERBAIK dan samping itu menyediakan peluang perniagaan Emas dengan modal yang sangat Minimum!

Perniagaan Powergold adalah membeli dan menjual emas pada harga kilang. Produk powergold terdiri dari Gold Bar, Dinar dan Barang Kemas. Matlamat utama syarikat membudayakan Rakyat Malaysia atau lain-lain Negara menyimpan Emas sekurangnya 1 gram setiap 1 bulan

Powergold juga bersedia untuk membantu usahawan baru untuk menceburi bidang perniagaan Emas hanya secara Online. Inilah peluang terbaik untuk kita menjadi usahawan Emas Online tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar dan kos selenggara bulanan yang tinggi, hanya gunakan kuasa di hujung jari tanpa sempadan


Dapatkan harga ahli dengan mendaftar pakej RM450.

SOLID GOLD
YURAN KEAHLIAN/AGEN RM450 Sekali Sahaja
* Percuma 1/4 Dinar ( 1.0625gram) 999.9
* Dapat beli emas dengan harga Ahli/Agen
* Seminar dan training
* Untung runcit RM6-RM20 Per Gram
* Komisyen jualan peribadi
* Komisyen jualan kumpulan
* Percuma personal web jualan/promosi

P/s : Emas akan dikirim ke alamat anda mengikut alamat yang masukan semasa pendaftaran, sila pastikan alamat anda betul.
SILA TAMBAH BAYARAN POSTAGE PRODUK

Semenanjung Malaysia RM7
Sabah/Sarawak RM11


POSTAGE LAIN-LAIN NEGARA
Singapura RM33
Brunei RM55


Langkah 1
Sila bank in ke salah satu akaun bank di bawah
No Akaun:
554026270833
Atas Nama:
lubuk emas resources & consultancy
No Akaun:
8602068422
Atas Nama:
lubuk emas resources & consultancy

email : balkish83@yahoo.com
P/S : Sila simpan slip bank in, akan di minta sekiranya kesulitan mengesahkan pembayaran anda


Langkah 2

Selepas bank ini sila membuat pengesahan pembayaran melalui sms atau whatsapp

Sila taip : Payment, username,
solid gold, nama bank, tarikh bank in, masa bank in dan jumlah bank in

Contoh SMS/Whatsapp :
Payment, userid, GOLD, suku dinar
Maybank, 25/06/2013, 08.09 am, RM457

SMS atau Whatsapp KE 
0137707879

Langkah 3

Isi form Daftar Peniaga

Thursday, January 21, 2016

Gawat dari surah Yusuf

Gawat dari Surah Yusuf.



Dalam surah Yusuf ada menceritakan perihal musim yang betul-betul baik dan kemarau yang berpanjangan selama 7 tahun. Surah Yusuf ada mengatakan

A047
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
(Yusuf 12:47)
A048
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
(Yusuf 12:48)

Saya mempercayai ianya adalah kegawatan. Kegawatan adalah panic dan akan bermula dengan kemelesetan. Bukan kemelesetan itu dikira dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, tetapi dalam kehidupan harian kita. Kegawatan merupakan seperti pengangguran. Bukan sahaja pekerja menganggur malah kedai makan yang hari-hari ada pelanggan pun boleh berkurangan pelanggan. Ini disebabkan kebanyakkan telah makan di rumah tanpa perlu makan di luar.

Kegawatan juga dalam membeli kereta mewah dan separuh mewah kerana meraka yang mempunyai dua kereta akan menjual satu daripadanya dan ada yang sanggup bermotosikal ketempat kerja. Keadaan ini belum berlaku sekarang tetapi ia kelihatan seperti akan berlaku.

Waktu gawat ini, pasaran saham akan jatuh, mengikut kajian saya sebanyak 2 dari 3. Harga emas akan naik dengan banyaknya. Masa gawat belum berlaku dengan nyata, harga emas pun tidak naik dengan ketara. Tetapi ia insya Allah bakal naik.

Lihat ni


Inilah yang dikataka oleh Nabi Yusuf kata "biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya" 

Sebab apa? Ianya lebih kurang inflasi yang berlaku ketika gawat. Bila gawat?. Bemula tahun 2014. Apabila pasaran turun hingga sekarang (Januari 2016).

Jadi sekira anda menyimpan, jangan simpan dalam duit ringgit, jangan simpan dalam ASB, simpanlah dalam emas. Emas tidak turun harga malah ia akan naik terutama waktu gawat. Belilah emas walau 1 gram. Walau satu gram. Nanti anda lihat kesannya. Anda tidak menyesal sebab beli tapi anda menyesal sebab tak beli banyak.Sekarang anda tempat yang anda akan dapat emas 999.9 bar dengan sebarat 1g dengan harga murah. Lihat di sini

Dapatkan emas anda dengan
Emas 999.9 tulen.
Harga ahli yang lebih murah dari kedai emas
Spread kurang 10% umar Emas Bar.

Dari sekecil 1 gram.
di sini

Wednesday, January 20, 2016

Berkenaan kegawatan yang bermula.

Sebelum saya meneruskan, ingin saya menerangkan bahawa ini bukan satu nasihat cuma satu pendapat peribadi saya. Ianya mungkin berat kepada sistem kegawatan yang difikirkan bakal berlaku ataupun sudah berlaku di Malaysia. Untuk nasihat membeli atau menjual saham, saya cadangkan laman yang lain yang lebih sesuai  untuk itu.

Pertama, hendak saya takrifkan, kemelesatan yang saya lihat dari pasaran saham adalah apabila indeks jatuh dengan banyaknya (kalau boleh dibuat dalam nilai harga emas) dan diikuti oleh penurunan permintaan bagi barang-barang mewah seperti kererta mewah. Ianya boleh diterima oleh masyarakat dengan warasnya. Bagi saya kemelesatan ekonomi mungkin berlaku sewaktu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi yang positif atau tidak.

Kegawatan pula adalah kemelesatan ekonomi yang lebih teruk di mana masyarakat sesebuah ekonomi akan hilang kewarasan berfikir tentang ekonomi atas sebab kemelesatan tadi. Ini juga disebut "panic".Kemelesatan dan kegawatan ini, selepas ini dipanggil 'sistem kegawatan' akan menyambil masa tujuh tahun seperti yang ditulis melalui perumpamaan musim kemarau yang amat buruk selama tujuh tahun semasa zaman Nabi Yusuf. Sistem kegawatan adalah zaman di mana manusia telah lupa dia kena menyimpan untuk tujuh tahun yang akan datang dalam bentuk seolah-oleh gandum yang masih ditangkainya.

Sistem kegawatan yang mengambil masa tujuh tahun itu tidak semestinya pasaran terus jatuh selama tujuh tahun tetapi mungkin ada kenaikkan sebanyak dua kali sebelum ia terus jatuh. Bermakna ada tiga kali kegawatan diselangi oleh dua kenaikkan dalam masa tujuh tahun.

Kemelesetan pada pasaran modal sudah bermula pada pertengahan tahun lepas iaitu tahun 2014 apabila indeks FBMKLCI berada di paras tertinggi 189X pada julai 2014 hingga tarikh saya menulis artikel ini.


Indeks FBMKLCI

Kemelesetan ini sama seperti tahun 1994 apabila berlaku kemelesetan pasaran modal dan berlaku kegawatan pada 1997 dalam sistem kegawatan tahun 1994 - 2001.


FBMKLCI tahun 1994 - tahun 1999

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada tahun 1994 adalah 9.2% dan dalam pada tahun 2014 KDNK sebenarnya ialah 6%. Takut saya silap, lihat http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/9596/bab4.pdf. dan http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2014/Q4/bm_p3.pdf.

Jadi kedua-dua permulaan sistem kegawatan ini, tahun 2014 dan tahun 1994 adalah positif dari sudut KDNKnya.

Jadi saya cadangkan anda ubah pemikiran anda sekiranya anda masih mempercayai bahawa pasaran modal masih positif. Saya percaya ianya akan positif untuk sementara sahaja sebelum ia turun semula. Ini cuma pendapat.

Pengurangan permintaan untuk barang Mewah seperti kereta mewah telah berlaku di Malaysia apabila Kumpulan Naza, pengeluar kereta Peugeot dan KIA di Malaysia, terpaksa menghentikan 255 para pekerjanya akibat kemerosotan jualan. Ini tidak hanya berlaku kepada Kumpulan Naza sahaja tetapi syarikat-syarikat kenderaan yang lain. Lihat http://www.treasury.gov.my/pdf/akhbar/2015/28ogos_kosmo3.pdf


Dari jualan kenderaan dari Malaysia, Indonesia dan Thailand juga merosot dari tahun 1995 ke 1997. 

Jualan kereta bagi Indonesia, Thailand dan Malaysia

Ramai yang akan menyalah kerajaan sekiranya berlaku kegawatan tetapi ia adalah kesilapan semua orang dalam ekonomi yang sama. Ia adalah silap kita, yang terlalu boros sehingga tiada simpanan yang dibuat. Ia telah diketahui bahawa sistem kegawatan akan berlaku setiap 49 tahun (tahun Yobel atau tahun Jubli) atau separuh dari itu iaitu 21 hingga 27 tahun. Ini dinyatakan dalam buku saya "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi -Satu Kaedah Baru Dalam Memahami Pasaran Saham".

Waktu gawat nanti, bank akan susah untuk bagi pinjaman kerana susah hendak mencari orang yang berkemampuan untuk membayar balik pinjaman, ramai orang mencari pekerjaan sedangkan majikan hendak buang pekerja, ramai orang akan membuka restoran tetapi ramai orang suka masak sendiri di rumah. Harga barang biasanya naik tetapi orang pun tidak hendak membeli. Orang yang masih bekerja akan beruntung dan berusaha untuk tidak dibuang kerja oleh sebab itu kerja akan jadi lebih teruk dan gaji akan berkurangan.Orang yang mempunyai hartanah terpaksa menjualnya dengan harga murah untuk mengurangkan tanggungan. Rumah yang anda sewakan itu sukar untuk mendapat penyewa yang tidak liat untuk membayar. Kereta mewah di kedai kereta terpakai akan dijual dengan murah, dan digantikan oleh proton saga dan kancil yang lebih senang dijual. Ramai yang pergi bekerja menaiki motosikal tetapi mereka lupa yang percuri motosikal semakin berluasa di waktu itu. Ini adalah untuk anda bersedia menghadapi tempoh kegawatan nanti.

Sekiranya anda masih mempunyai duit di tangan, jangan simpan ia dalam bertuk wang ringgit tetapi simpanlah dalam bertuk emas sebagaimana disuruh simpan oleh Nabi Yusuf dalam keadaan gandum masih di tangkainya. Anda tidak perlu cari agen yang jual emas, pergi ke Maybank atau Public Bank untuk memudahkan kerja.



Dapatkan emas anda dengan di sini

 .






Sekian dahulu. 
Artikel ini asalnya untuk ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Darul Takzim, dan dimuatkan di sini untuk pengetahuan umum.

--Dzulfariz Azman






Senangnya beli emas dengan murah. Bersedia menghadapi kegawatan.

Senangnya beli emas.



Mungkin anda kata "kalau beli kat bank, atas kertas je, memanglah senang".

Tidak. Saya bermaksud emas secara fizikal. Yang anda nampak emasnya. Klik di sini untuk terus mendaftar sebagai ahli atau di sini untuk maklumat lanjut dari web laman web dia.

Kebanyakkan emas dijual dalam kuantiti minima misalnya 10 gram untuk bar. Di sini saya boleh membeli emas berjumlah 1 gram yang berharga biasanya kurang dari RM 200.00 mengikut harga pasaran. Ini membolehkan saya membeli seberapa banyak dikehendaki.

Ya sekecil 1 gram.


Harga dia macammana?
Harga memang best sekali.
Macammana?

Saya beli mengikut harga ahli yang murah berbanding kedai emas yang menjual mengikut harga persatuan. Misal pada hari ini emas 999.9 yang dijual pada harga RM195, saya boleh dapat dengan harga 175 sahaja. Itulah nama beli emas.Kita boleh niaga emas.

Satu lagi anda boleh jual baik emas dengan spread mungkin kurang dari 10%. Anda pernah rugi banyak apabila menjual emas anda? Itu perkara biasa di kedai emas. Di sini anda oleh kerugian hanya 10 peratus untuk bar emas 999.9

Kalau anda tidak hendak jual tetapi anda simpan di kedai ar-rahnu dan pinjan duit. Itu pun boleh.

Kalau tahun 1994 saya katakan tahun permulaan sistem gawat, bagi saya tahun 2014 bermula lagi satu sistem gawat. Tahun 1994 mula pasaran saham turun dari paras tertingginya sama juga 2014 merupakan paras tertinggi. Gawat ini mempunyai 3 siri kejatuhannya dan tahun 2014 adalah salah satu. 3 siri kejathan sehingga 7 tahun sistem kegawatan. Dari tahun 2014, emas telah naik tetapi tidak mendadak.Lagi 2 sessi kejatuhan pasaran saham, emas dijangka akan naik mendadak yang anda fikir tidak masuk akal.

Adakah anda fikir KDNK positif itu tidak meleset? Anda kena ubah definasi kemelesetan supaya anda akan dapat kemelesetan dan kegawatan itu untuk 7 tahun seperti yang dikatakan oleh surah Yusuf. Surah Yusuf yang mencadangkan gawat itu 7 tahun lamanya juga memberitahu kita supaya simpan gandum pada tangkainya.

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47) 

Ini bermakna jangan disimpan pada duit yang jatuh harganya tetapi pada emas yang lebih stabil. Sebenarnya bukan emas yang naik harga tetapi duit kita yang turun harga.

Besedialah untuk sistem gawat yang mana harga emas naik berganda-ganda. Simpanlah emas anda sekarang.

Sekiranya anda masuk menjadi ahli melalui laman web ini, saya akan masukkan anda ke dalam laman group rahsia facebook.com saya yang juga terdapat tip-tip dari pasaran saham.

--Dzulfariz Azman